Kelantan: Solat lima waktu syarat naik pangkat

Posted on July 10, 2008. Filed under: shariah |

Macam-macam Nawaitu (niat) solat, hanya satu yang diterima Allah:

1. Sengaja aku solat nak naik pangkat

2. Sengaja aku solat  kerana  takut  didenda/hukum  kerajaan

3. Sengaja aku solat untuk Allah subhanahu wa ta’ala (lillahi ta’ala)

——

Solat lima waktu syarat naik pangkat

Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Betty Subaryati
bhnews@bharian.com.my

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menjadikan wajib solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat dan pengambilan baru kakitangan awam serta pemilihan calon wakil rakyat dan jawatan politik lain termasuk penghulu.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata peraturan itu sama seperti pelaksanaan syarat mesti lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dalam pengambilan kakitangan kerajaan ketika ini.

“Saya akan kemukakan kepada kerajaan nanti bahawa yang tak sembahyang lima waktu dan tidak menunaikan solat Jumaat, tak boleh pegang jawatan dalam kerajaan negeri bermula dari penghulu, penggawa dan wakil rakyat.

“Kita akan tapis orang ini… sembahyang atau tidak, lebih-lebih lagi sembahyang Jumaat,” katanya kepada pemberita ketika sesi rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, peraturan itu bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan penjawat awam supaya sentiasa mengingati Allah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Sama seperti kalau mereka tak boleh bercakap Bahasa Malaysia, tak diterima bekerja dalam kerajaan dan kalau dalam bidang kedoktoran diwajibkan berbahasa Inggeris. Kita mesti buat perkara sama kepada orang yang tak sembahyang lima waktu dan meninggalkan solat Jumaat.

“Kalau nak dapat kerja perlu tingkatkan bahasa kebangsaan, begitu juga orang tak sembahyang perlu diusahakan supaya mereka sedar bahawa ia satu dosa yang akan menimbulkan perangai tak senonoh dan tidak takut kepada Allah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Nik Abdullah, berkata Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan dipinda bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap umat Islam yang meninggalkan solat lima waktu.

Beliau berkata, pindaan enakmen itu kini dalam kajian Maik dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sebelum dibentangkan pada sidang DUN.

“Ketika ini, hanya orang yang meninggalkan solat Jumaat lebih tiga kali, boleh didenda sehingga RM1,000 atau satu bulan penjara atau kedua-duanya.

“Kini ada cadangan agar peraturan itu diperluaskan terhadap mereka yang meninggalkan solat lima waktu walaupun kita akui agak sukar dikuatkuasakan kerana pastinya ada yang pro dan kontra,” katanya menjawab soalan Muhammad Mustafa (Pas-Demit) pada sidang DUN.

Mohd Amar berkata, setakat ini dua orang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kelantan kerana kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat.

Source:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20080708002423/Article/

———-

Syarat solat mohon kerja lahirkan pegawai berkualiti

Salmah Mat Husain

HarakahDaily Wed | Jul 09, 08 | 7:07:36 pm MYT

KOTA BHARU, 9 Julai (Hrkh) - Cadangan Menteri Besar bagi memastikan hanya mereka yang mendirikan solat sahaja dilantik sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan negeri bertujuan melahirkan pegawai yang berkualiti.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, sekiranya perkara itu dapat dilaksanakan mereka yang menghayati solat tentunya tidak akan melakukan sesuatu perkara yang negatif.

�Semua umat Islam tidak menghadapi masalah apabila memperkatakan soal solat kerana ia sudah menjadi kewajipan kepada mereka,� katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sebelum ini Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu syarat baru dicadangkan bagi pengambilan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri perlu dipastikan mendirikan solat.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri kelmarin anggota Exco kerajaan negeri, Usaz Mohd Amar Abdullah memberitahu kerajaan negeri sedang mengkaji untuk membuat enakmen bagi mengenakan denda terhadap mereka yang tidak menunaikan solat lima waktu.

Husam berkata, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri memberi nasihat supaya mereka lebih mengetahui tentang pengertian dan kewajipan melaksanakan ibadat sembahyang.

�Dalam solat kita ada rukuk, sujud dan ada bacaan-bacaannya yang tersendiri seperti al-Fatihah. Ini dengan sendirinya melahirkan rasa perhambaan diri kepada Allah.

�Bila kita mengakui perhambaan itu, kita akan menjadi makhluk yang takut terhadap balasan di akhirat. Ini secara tidak langsung boleh mencegah jenayah, salah laku atau kerosakan akhlak,� ujarnya.

Menurutnya, penekanan tersebut begitu penting, di mana solat itu sendiri akan mencegah manusia daripada melakukan perkara mungkar.

�Apa yang pentingnya kita ingin mendidik masyarakat agar bersifat amanah, tidak salah laku dan sebagainya melalui pengukuhan solat,� ujarnya. - mj _

Source:http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015684&Itemid=96

——–

Kelantan may compel Muslim civil servants to pray 5 time a day

KUALA LUMPUR, July 8 — The PAS Kelantan state government plans to compel Muslim government workers to pray 5 times a day as required by their religion, an official said today.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said Muslims who shirk their prayer obligations “are not fearful of Allah and are susceptible to committing bribery and other sins.”

Kelantan is planning to introduce a law to force Muslim government workers to pray 5 times a day, said the MB’s aide Anual Bakri Haron.

He said details on how to enforce the plan will be finalised later.

Kelantan has been ruled since 1990 by the conservative PAS, which has implemented strict morality rules such as banning gambling, nightclubs and rock concerts. — AP

Source: http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysian-news/34/1531

———

July 08, 2008 23:27 PM

Puzzled Over Prayer Requirement, Cuepacs Seeks Explanation

KOTA BAHARU, July 8 (Bernama) — Cuepacs is puzzled over the Kelantan government’s proposal on the prayer requirement in the appointment and promotion of civil servants in the state.

Its president Omar Osman said Cuepacs would like to meet the state government and seek an explanation regarding the motion.

He said the state government was obliged to explain the prayer requirement to Cuepacs, so that every mechanism adopted for that move, would be clearly understood by the workers.

“What is the mechanism? Is it really necessary? And how about the excellent performance awards they received?” he told Bernama here Tuesday.

He was commenting on Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat’s announcement Monday that he would table a motion at the state assembly to appoint only Muslims who perform the obligatory five daily and Friday prayers as the future leaders, heads of department and civil servants in the state.

Nik Aziz said the requirement was similar to the compulsory pass in Bahasa Malaysia in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination for job placements in the public sector.

Omar said questions regarding non-Muslims’ appointment and promotion in the civil service should also be addressed.

“If they choose only those who perform prayers, then how about the non-Muslims? This system may only benefit certain quarters, especially those close to the leaders.

“We do not know the state government’s objective for having such a requirement, and whether it is meant only for certain people,” he added.

– BERNAMA

Source:http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=344909

Make a Comment

Make A Comment: ( None so far )

blockquote and a tags work here.

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...